Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi
Sukan Olimpik XXX)
[1] atau juga dikenali sebagai
London 2012, berlangsung di
London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan
bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai.
[2][3] Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dijangka hadir.
[4]Ekoran bidaan yang diketuai oleh bekas jaguh Olimpik,
Sebastian Coe dan
Datuk Bandar London ketika itu,
Ken Livingstone, London terpilih selaku tuan rumah pada 6 Julai 2005 di Sesi IOC ke-117 di
Singapura, mengatasi bidaan dari
Moscow,
Bandar Raya New York,
Madrid dan
Paris.
[5] London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah
Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali,
[6] setelah diberi penghormatan demikian pada tahun
1908 dan
1948.
[7][8]Usaha persediaan untuk temasya Sukan Olimpik ini telah banyak melibatkan pembangunan semula, khususnya yang bertemakan
kemapanan.
[9] Tumpuan utama usaha ini ialah
Taman Olimpik baru seluas 200 hektar yang dibina di atas sebuah bekas kawasan perindustrian di
Stratford di timur London.
[10] Temasya ini juga memanfaatkan banyak kemudahan yang sudah sedia ada sebelum bidaan.